Informasi Permainan Video Terkini
Adventure Time: Pirates of the Enchiridion Diumumkan – Bakal Tiba Di Playstation 4, Switch, Xbox One Dan PC

Adventure Time: Pirates of the Enchiridion Diumumkan – Bakal Tiba Di Playstation 4, Switch, Xbox One Dan PC

Diterbitkan pada Dis 15, 2017 oleh .

Outright Games dan Climax Studio hari ini mengumumkan permainan berdasarkan siri animasi terkenal, Adventure Time: Pirates of the Enchiridion yang mana ia merupakan permainan berkonsepkan dunia terbuka pertama bagi permainan tersebut. Ia dirancang untuk dilancarkan pada konsol Playstation 4, Switch, Xbox One dan PC pada musim bunga 2018.

Bagi mereka yang menyukai siri animasi Adventure Time, permainan ini bakal mengambil tema yang sama bagi siri animasi tersebut dengan menyertakan pelbagai watak-watak daripada siri Adventure Time. Pemain juga berpeluang untuk mengembara di Land of Ooo dengan bentuk permainan dunia terbuka, visual seni yang menarik dan bentuk pertempuran yang taktikal.

Namun Climax Studio masih belum mengumumkan sebarang informasi lanjut berkenaan permainan ini. Seperti biasa, kami di Aksiz akan mengemaskini informasi lanjut apabila ia diumumkan kelak.