H1Z1 adalah salah satu permainan yang memulakan populariti bentuk permainan Battle Royale. Sehingga kini, ia mempunyai peminatnya tersendiri. Dan dalam usaha memberikan para pemain untuk memainkannya tanpa membeli, kini pembangun permainan berkenaan menawarkan permainan berkenaan untuk dimainkan secara percuma untuk tempoh terhad.
Bagi anda yang mempunyai PC, anda boleh mendapatkan H1Z1 melalui Steam, dan mainkan ia untuk enam hari akan datang secara percuma.
Selepas itu, anda boleh membeli permainan berkenaan pada harga diskaun, iaitu hanya RM9.50 berbanding harga biasa RM38.
Jika anda meminati arena permainan tembak-menembak, jangan lupa untuk mencuba H1Z1 ini hari ini.
[info]Cuba : H1Z1 di Steam[/info]