Informasi Permainan Video Terkini
Company of Heroes 2 Ditawarkan Secara Percuma Untuk Tempoh Terhad
PC

Company of Heroes 2 Ditawarkan Secara Percuma Untuk Tempoh Terhad

Diterbitkan pada Dis 15, 2017 oleh .

Company of Heroes merupakan salah satu permainan yang telah dilancarkan pada 2013 lepas. Ia mengambil latar masa ketika Perang Dunia Kedua, dan menawarkan permainan berbentuk strategi yang menerima pelbagai maklumbalas positif daripada ramai pemain seluruh dunia.

Company of Heroes 2

Kini, Humble Store meneruskan penawaran permainan percuma mereka dengan menawarkan permainan Company of Heroes 2 ini secara percuma untuk tempoh terhad.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar akaun Humble Store, dan menebus permainan ini hari ini – serta memainkannya secara percuma hari ini.

Muat-Turun Company of Heroes 2


TIPS & ULASAN