Informasi Permainan Video Terkini
Pupper – Aksesori Yang Menukarkan Alat Kawalan JoyCon Nintendo Switch Kepada Rupabentuk Anak Anjing

Pupper – Aksesori Yang Menukarkan Alat Kawalan JoyCon Nintendo Switch Kepada Rupabentuk Anak Anjing

Diterbitkan pada Dis 14, 2017 oleh .

Ketika pengumuman Nintendo Switch pada tahun lepas, ramai peminat menyatakan rekaan alat kawalan JoyCon selepas didokkan di alat kawalan Grip tersebut menyerupai seperti seeokor anak anjing.

Kini, Hyperkin, sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai aksesori permainan video bakal menlancarkan sebuah alat kawalan Grip yang membenarkan pemain untuk mendokkan JoyCon seakan anak anjing.

Dinamakan Pupper, aksesori tersebut dirancangkan untuk dilancarkan pada minggu hadapan. Ia direka khas oleh Hyperkin yang mana ia memaparkan bentuk rekaan seakan kepala anak anjing apabila ia didokkan dengan alat kawalan JoyCon.

Menariknya juga, Hyperkin juga menyertakan tiga pelakat berlain yang pengguna boleh gunakan untuk menghasilkan bentuk mulut anak anjing tersebut di alat kawalan tersebut.

Aksesori Pupper tersebut juga mempunyai fungsi untuk mengecaskan JoyCon yang mana fungsi ini tidak disertakan bagi alat kawalan Grip JoyCon yang berserta bersama Nintendo Switch. Aksesori Pupper tersebut juga mempunyai bateri yang boleh dicas, penunjuk kadar bateri dan boleh digunakkan dengan menggunakan kabel USB-C.

Buat masa sekarang, alat kawalan tersebut boleh dibeli melalui Amazon sahaja dan ia dirancang untuk dijual mulai 21 Disember ini. Amazon masih belum menyatakan harga rasmi bagi aksesori Pupper tersebut.


TIPS & ULASAN