Anda kini boleh dapatkan permainan eksklusif PlayStation, Little Big Planet 3 pada harga serendah RM26.70 di PSN Store dan juga DLC dengan hanya serendah RM5. Kebiasaannya, permainan ini ditawarkan pada harga mencapai RM89 untuk versi digital.

Little Big Planet 3

LittleBigPlanet 3 merupakan salah satu permainan berbentuk puzzle-platformer yang popular pada PlayStation. Ia hadir daripada Sumo Digital, dan mempunyai penawaran pelbagai DLC menarik daripada sejumlah francais lain, termasuk seperti Adventure Time, Spongebob Squarepants dan sebagainya.

Bagi anda yang ingin mencuba permainan ini, mungkin boleh menyemak penawaran PSN Store untuk masa terhad ini, dan mendapatkan ia pada harga diskaun berbanding kebiasaan.

Sohor Kini