Di akaun rasmi Twitter Tomb Raider hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan baru buat siri permainan Tomb Raider.

Menurut kenyataan mereka, Square-Enix kali ini mengambil pendekataan yang baru dimana mereka akan mengumumkannya berdekatan dengan tarikh pelancaran permainan tersebut menjelang 2018 ini. Menariknya juga, berdasarkan imej yang dikongsikan oleh mereka, setiap huruf di dalam ayat kenyataan mereka mengejakan sebuah perkataan “SHADOW”.

Shadow Of The Tomb Raider bukanlah sesuatu nama yang baru dimana sebelum ini tajuk permainan tersebut juga telah beberapa kali tertiris di laman sosial termasuk konsep tajuk utama permainan tersebut.

Namun Square-Enix dan Crystal Dynamics masih belum berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan permainan tersebut. Bagi mereka yang berminat untuk bermain permainan Tomb Raider yang sebelum ini juga, sehingga 9 Disember, Steam mengadakan jualan promosi bagi permainan Rise Of The Tomb Raider.

Tomb Raider merupakan siri permainan pengembaraan yang dilancarkan semula dengan nafas baru bermula 2013 lepas. Ia memfokuskan watak Lara Croft, yang mana beliau merupakan pemburu makam-makam yang mana permainan tersebut telah berkembang dengan pelbagai jenis media termasuklah filem.

Sohor Kini