Ataribox – Konsol Akan Datang Daripada Atari

Pada acara E3 2017 yang lepas, Atari telah mempertontonkan sebuah teaser untuk konsol terbaru mereka, Ataribox. Hari ini, Atari akhirnya memperlihatkan rekaan konsol terbaru mereka berkenaan.

Ataribox bakal hadir dalam dua rekaan, iaitu rekaan seakan kayu diinspirasikan dari konsol Atari 2600, dan rekaan berwarna hitam-merah seakan rekaan moden. Ataribox akan menyokong kad-SD, HDMI dan mempunyai empat port USB. Buat masa sekarang, tiada lagi infomasi penuh berkenaan Ataribox ni.

Ataribox juga bakal menyertakan sokongan sejumlah permainan klasik bersama-sama permainan terkini berkonsepkan seperti NES Classic dan SNES Classic yang baru sahaja diumum oleh Nintendo. Masih tiada lagi pengumuman untuk senarai penuh permainan yang bakal tiba, tetapi bagi pengguna PC, Atari pernah mengeluarkan Atari Vault di Steam tahun lepas. Kemungkinan permainan seperti Asteroid 2600 dan Combat 2600 akan disertakan dan boleh dimainkan pada konsol baru ini kelak.

Info penuh mengenai konsol Ataribox ini seperti harga, tarikh jualan dan sebagainya dijangka akan dikongsikan pada masa akan datang.

Sohor Kini