Bagi peminat siri Dissidia Final Fantasy NT, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar beta tertutup yang baru sahaja diumumkan di laman rasmi Square-Enix bakal tiba pada musim panas ini.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh membuat pendaftaran di laman rasmi Square-Enix melalui penggunaan akaun Square-Enix. Walaubagaimanapun, kami hadapi sedikit masalah dari segi muat-naik laman tersebut, kerana mungkin terdapat sedikit kesesakan dari segi pendaftaran. Anda mungkin perlu mencuba beberapa kali untuk pendaftaran tersebut.
Dissidia Final Fantasy NT adalah permainan ekslusif untuk Playstation 4 yang bakal tiba awal tahun 2018. Ia merupakan permainan perlawanan yang menrangkumi pelbagai watak daripada siri Final Fantasy.
[info]Daftar Beta Tertutup : Dissidia Final Fantasy NT [/info]