Minggu lepas, berlangsungnya acara Level UP KL yang mana ia merupakan acara yang memfokuskan pembangunan permainan video. Dengan kerjasama MDEC, saya berpeluang untuk menemu ramah Falk Au Yeong dan Shota Nakama daripada SoundtRec. SoundtRec merupakan sebuah syarikat produksi muzik khas untuk permainan video yang mereka telah menghasilkan pelbagai muzik buat permainan video seperti Sonic Mania, Final Fantasy XV dan Kingdom Hearts.
Falk Au Yeong adalah komposer muzik yang terkenal dimana beliau merupakan yang bertanggungjawab terhadap permainan Sonic Mania, Lightning Returns: Final Fantasy XIII dan Kingdom Hearts HD 2.5 Remix. Beliau merupakan pengarah urusan bagi syarikat SoundtRec Malaysia, dimana ia merupakan cawangan terbaru oleh SoundtRec yang berasal dari Boston, Amerika Syarikat. Buat masa ini, SoundtRec bekerjasama bersama Magnus Game Studio untuk menghasilkan muzik buat permainan Re:Legend.
Shota Nakama merupakan komposer, penerbit dan juga konduktor untuk SoundtRec dimana beliau merupakan salah seorang yang bertanggungjawab untuk segala produksi muzik bagi syarikat tersebut. Beliau juga pernah menghasilkan muzik buat permainan Final Fantasy XV, Kingdom Hearts HD 2.5 Remix dan Code Vein dimana ia merupakan permainan terbaru oleh Bandai Namco yang bakal tiba pada 2018 ini.
Ketika acara Level UP KL 2017, saya berkesempatan untuk menemu ramah kedua-dua komposer muzik Falk Au Yeong dan Shota Nakama. Bagi anda ingin membaca sesi temu ramah tersebut, berikut adalah beberapa soalan yang dikemukakan bersama jawapan mereka.
Setakat penghasilan muzik bagi permainan video, permainan manakah yang merupakan paling anda banggakan?
Shota : Bagi saya adalah permainan Final Fantasy XV kerana kami terbabit di dalam proses produksi secara keseluruh. Ia juga merupakan projek yang agak menyukarkan kerana skala permainan tersebut sangat besar. Hasil muzik pula merupakan sesuatu yang sangat kami banggakan. Terutamanya apabila melihat nama kami di kredit permainan tersebut buat kami berasa sangat gembira.
Falk : Saya bersetuju dengan Shota, kerana Final Fantasy XV merupakan permainan yang saya sangat bangga ketika penghasilan muzik tersebut. Sonic Mania juga merupakan salah satu permainan yang saya sangat bangga kerana berpeluang untuk terlibat di dalam produksi muzik permainan tersebut.
Sepanjang anda menghasilkan muzik permainan, adakah terdapat sebarang had atau batasan yang anda perlu hadapi?
Shota : Ia tidak menentu dan antara faktor utama adalah bajet dan masa untuk sesuatu projek tersebut. Kerana kadang-kadang kami perlu kompromi beberapa aspek muzik disebabkan dua faktor tersebut. Tetapi kadang-kadang kami diberi satu visi oleh pengarah dan kami perlu menghasilkan muzik yang dievolusi berdasarkan permainan tersebut.
Falk : Saya setuju dengan Shota dimana faktor masa dan bajet memain peranan penting bagi sebarang projek. Selalunya apabila klien memberi sebarang bajet dan jika ia rendah. Kami sering diberi pilihan untuk menghasilkan muzik tersebut ataupun tidak. Namun, kami selalunya tetap menghasilkan muzik untuk klien tersebut dan kami masih lagi memberi segala kemampuan kami untuk menghasilkan muzik terbaik bagi projek tersebut.
Apakah muzik dari permainan lain kegemaran anda?
Shota : Banyak jika ingin saya senaraikan semua, bagi permainan keluaran barat, salah satu kesukaan saya adalah siri permainan God Of War, terutamanya God Of War 2. Gerard Marino, komposer bagi permainan tersebut, beliau merupakan salah seorang rakan karib saya. Di dalam komuniti komposer muzik kami, beliau merupakan seorang yang pelawak dan licik, namun setiap muzik yang dihasilkan beliau sangatlah epik. Bagi keluaran Jepun, saya menyukai Super Mario Odyssey. Muzik permainan tersebut juga dihasilkan oleh salah seorang daripada rakan saya, iaitu Naoto Kubo.
Falk : Bagi saya, saya tidak boleh menyenarainya mengikut senarai yang penuh kerana saya sering mendengar pelbagai jenis muzik. Tetapi antara muzik kesukaan saya adalah daripada permainan DJ Max Black Square. Ia berkongsi kebanyakkan muzik daripada DJ Max Technika. Ia merupakan salah satu inspirasi saya di dalam proses penghasilan muzik untuk Final Fantasy XV dan Sonic Mania. Terutamanya DJ Max Black Square, dimana ketika itu permainan itu menyakinkan saya untuk berhenti kerja dan mengambil muzik lebih serius dan akhirnya saya bertemu Shota dan SoundtRec.
Apakah perasaan anda ketika bekerjasama bersama Square-Enix dan menghasilkan muzik Lightning Returns: Final Fantasy XIII sebagai projek pertama?
Falk : Secara jujurnya, ia agak menakutkan. Tetapi, ia selalu menjadi satu soalan dimana siri permainan Final Fantasy sangat terkenal dengan muziknya, terdapat berjuta-juta peminat yang sangat menghargai muzik daripada permainan tersebut. Atas sebab demikian, ia agak memberi saya tekanan untuk menghasilkan muzik untuk mencapai jangkaan mereka. Ketika sesi rakaman permainan tersebut, Masashi Hamauzu komposer bagi permainan Final Fantasy XIII datang melihat sesi tersebut. Dimana saya merupakan peminat bagi muzik permainan tersebut. Ia merupakan pengalaman yang agak janggal bagi saya kerana saya menahan diri untuk fokus dengan kerja saya kerana Masashi Hamauzu berada dibelakang saya. Namun begitu, hasil yang kami lakukan adalah sangat membanggakan bagi saya.
Shota : Pada masa yang sama, kami amat bebesar hati kerana dapat menghasilkan bersama muzik Masashi Hamauzu, kerana merupakan suatu kejayaan yang sangat besar bagi kami. Masashi Hamauzu merupakan salah satu komposer yang saya sangat hormati di dalam industri permainan video.
Apakah perasaan anda ketika bekerjasama bersama syarikat permainan indie berbanding syarikat besar seperti Square-Enix?
Shota : Sememangnya ia lebih mudah dimana dari segi proses pengesahan ia lebih cepat. Seperti Square-Enix, terdapat beribu pekerja dan mana proses pengesahan lebih lambat. Manakala di syarikat indie kami selalunya mendapat pengesahan dengan sangat cepat dan lebih mudah. Walaupun projek tersebut mungkin tidak sebesar seperti permainan dari syarikat utama yang lain, tetapi itu merupakan perkara kedua dimana jika muzik itu bagus dan anda selesa dengan bekerja dengan syarikat tersebut, ia sememangnya berbaloi bagi kami.
Falk : Bagi saya ia agak berbeza, dimana kebanyakkan projek besar yang saya terlibat, kami terbahagi dengan jurutera audio yang berbeza dimana saya sangat berbangga dengannya. Namun seperti Re:Legend, dimana pertama kalinya saya menghasilkan muzik bersama Shota dan ia sememangnya projek yang sangat mengasyikkan dimana saya bermula untuk menghasilkannya. Re:Legend juga adalah permainan yang sangat banggakan kerana diberi peluang untuk menhasilkan muzik bersama rakan-rakan lain yang sangat hebat di dalam industri permainan video ini.
Bolehkah anda berkongsi sebarang nasihat mahupun tips sebagai komposer muzik terutamanya bagi industri permainan video?
Shota : Bagi saya, benda pertama sekali apabila saya mencari pemuzik, saya akan mencari bakat yang sangat profesional. Anda perlu menjadi seorang yang sangat baik dari segi personaliti dimana anda perlu menjadi seorang yang seronok untuk bekerja bersama. Semestinya berminat dengan muzik dan permainan video. Anda tak semestinya perlu menjadi seorang pemain permainan video, tetapi sekurang-kurangnya anda perlu menyukai permainan video tersebut.
Falk : Saya juga akan menyatakan berkenaan kemahiran yang perlu anda ada untuk menyertai industri ini. Tetapi selalunya kemahiran dan minat itu merupakan perkara kedua dimana sikap dan tindakan anda itu adalah yang pertama. Jika anda ingin melakukan sesuatu, anda kena menjadi profesional. Selalunya jika berlakunya sebarang kelewatan dari segi penghantaran projek, anda kena sentiasa menghubungi klien supaya mereka mengetahui berkenaan masalah tersebut.