Permainan Realiti Maya Dari Marvel – Marvel Powers United VR

Bagi peminat siri Marvel dan juga permainan realiti-maya, Marvel hari ini telah mengumumkan permainan realiti maya terbaru iaitu Marvel Powers United VR secara esklusif di Oculus Rift. Marvel mengumumkan permainan ini ketika persidangan Level Up di Disney D23 Expo.

Melaluinya, Marvel mempertontonkan sebanyak 3 watak adiwira yang pemain boleh bermain iaitu Hulk, Captain Marvel dan Rocket Racoon. Ketika persidangan tersebut, Bill Rosemann, pengarah eksekutif kreatif Marvel menyatakan pada masa akan datang, mereka akan menambahkan lagi pelbagai watak adiwira dari Marvel yang pemain dapat bermain untuk permainan Marvel Powers United VR. Permainan ini bakal dilancarkan pada tahun 2018.

Sohor Kini