Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Hitman Terbaru Sedang Dibangunkan Oleh IO Interactive
PC

Permainan Hitman Terbaru Sedang Dibangunkan Oleh IO Interactive

Diterbitkan pada November 9, 2017 oleh .

Bersempena dengan pelancaran permainan Hitman Game Of The Year Edition pada 7 November lepas, CEO IO Interactive, Hakan Abrak mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan permainan Hitman yang seterusnya. Menurut beliau, mereka ingin berterima kasih kepada seluruh peminat permainan Hitman dengan sokongan mereka terhadap permainan Hitman GOTY.

Buat masa ini, Hakan menyatakan mereka tidak akan berkongsi banyak berkenaan permainan Hitman seterusnya sehingga 2018 kelak. Namun, dengan pelancaran Hitman versi GOTY ini mereka berharap peminat akan sentiasa memberi mereka sokongan dengan edisi lengkap permainan tersebut dengan segala pernambah-baikkan dari segi visual dan bentuk permainan.

Pada Mei yang lepas, IO Interactive dilepaskan oleh Square-Enix bersama lesen permainan Hitman sekaligus studio pembangun permainan tersebut bergerak sebagai pembangun permainan indie. Permainan Hitman Game Of The Year Edition merupakan permainan pertama yang dilancarkan oleh mereka selepas mereka meninggalkan Square-Enix. Permainan tersebut telah dilancarkan 7 November lepas di Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam.