Sementara PlayerUnknown’s Battlegrounds mengumumkan yang mana mereka telah mencapai lebih 20 juta salinan terjual setakat ini, kini penerbit permainan Epic mengatakan mereka yang mana permainan Fortnite telah melangkaui angka 20 juta pemain baru-baru ini.
Angka ini adalah gabungan untuk pemainan Fortnite yang berbayar dan juga Fortnite Battle Royale yang ditawarkan secara percuma.
Permainan Fortnite Battle Royale menawarkan bentuk permainan seumpama PUBG tetapi dengan keupayaan untuk menambah binaan ketika bermain, selain grafik sedikit ceria berbanding PUBG. Sementara permainan Fortnite biasa pula merupakan permainan berbentuk misi yang boleh dimainkan bersama rakan-rakan lain.
Bagi anda yang ingin mencubanya, mungkin boleh memuat-turun versi Fortnite Battle Royale secara percuma – sebelum membuat keputusan sama ada ingin membelinya atau tidak.