Skip to main content

Permainan berbentuk Battle Royale agak popular pada tahun ini hasil kehadiran PlayersUnknown Battlegrounds. Ciri permainan seumpamanya telah ditawarkan pada pelbagai variasi permainan – dan kini ia dilihat Tencent bakal melancarkan permainan lebih kurang sama untuk peranti mudah-alih tidak lama lagi.

Glorious Mission

Dikenali dengan nama “Glorious Mission”, ia akan menawarkan bentuk permainan lebih kurang sama PUBG, dimana 100 pemain akan dijatuhkan di suatu lokasi – dan perlu menjadi yang terakhir untuk memenangi permainan berkenaan.

Beta untuk permainan ini dijangka akan ditawarkan tidak lama lagi. Sebelum ini sendiri, ia telah dikatakan Tencent berminat untuk mendapatkan sedikit pegangan pada penerbit PUBG – dan sekiranya benar, maka berkemungkinan mereka tidak akan mempunyai sebarang masalah berkaitan paten dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah permua ini akan ditawarkan pada peringkat global.

Leave a Reply