Informasi Permainan Video Terkini
Trofi Playstation Kini Boleh Mendapatkan Anda Sejumlah Kredit PSN – Hanya Untuk Amerika Syarikat

Trofi Playstation Kini Boleh Mendapatkan Anda Sejumlah Kredit PSN – Hanya Untuk Amerika Syarikat

Diterbitkan pada November 6, 2017 oleh .

Pengumpul-pengumpul trofi Playstation pasti akan berminat dengan tawaran terbaru yang diumumkan oleh Sony hari ini. Sony hari ini mengumumkan Sony Rewards dimana pemain boleh menebus nilai trofi pada akaun PSN dengan kredit PSN.

Trofi-trofi yang pemain dapatkan ketika bermain permainan di konsol-konsol Playstation kini boleh ditebus melalui 3 peringkat untuk mendapatkat mata kredit. Mata kredit tersebut pula boleh ditukarkan dengan wang untuk pemain dapatkan permainan di PSN Store. 3 peringkat penebusan trofi tersebut adalah:

  • 100 trofi perak untuk 100 mata kredit ( 1 mata kredit untuk 1 trofi perak)
  • 25 trofi emas untuk 250 mata kredit ( 10 mata kredit untuk 1 trofi emas)
  • 10 trofi platinum untuk 1000 mata kredit (100 mata kredit untuk 1 trofi platinum)

Melalui laman Sony tersebut juga, 1000 mata kredit boleh ditukarkan sebanyak $10 kredit PSN. Bermakna, bagi setiap 10 trofi platinum yang anda kumpulkan, anda akan mendapat kredit PSN sebanyak $10. Manakal bagi trofi emas pula, anda perlu dapatkan 100 trofi emas untuk mendapat $10 kredit PSN.

Namun begitu, buat masa sekarang, servis Sony Rewards tersebut hanya boleh digunakan di Amerika Syarikat sahaja.