Skip to main content

Pembangun Her Story, Sam Barlow bakal lancarkan permainan terbaru iaitu Telling Lies hasil kerjasama dengan Annapurna Interactive. Telling Lies akan mempunyai konsep yang sama dengan Her Story, iaitu ia adalah sebuah permainan filem interaktif – dimana pemain perlu menyambungkan penceritaan permainan tersebut sebahagian ke sebahagian bagi menyelesaikan misteri permainan itu.

Dengan kerjasama Annapurna Interactive, Sam Barlow berharap permainan Telling Lies, dapat ditingkatkan lagi dari segi penceritaan dan hasil produksi yang lebih tinggi. Masih tiada lagi infomasi berkenaan tarikh pelancaran buat masa ini.

Bagi mereka yang masih belum bermain permainan Sam Barlow, Her Story, anda boleh mendapatkannya di PC dan permua, iOS dan Android sekarang. Her Story adalah antara permainan yang diminati ramai dan diberi permainan terbaik pada tahun 2015 kerana keunikan penceritaan permainan dan misteri yang memberi satu pengalaman yang sangat menarik buat pemain.

Leave a Reply