Bagi peminat permainan Days Gone, pada acara E3 2017 yang lepas, Bend Studio telah mempertontonkan trailer bentuk permainan yang berlainan dari persidangan Playstation dan tidak diperlihatkan kepada umum. Tetapi hari ni, Sony baru sahaja berkongsi trailer bentuk permainan tersebut di saluran Youtube rasmi mereka.

Melalui video yang dipertontonkan, Days Gone mempunyai sedikit perbezaan dari segi bentuk permainan apabila terdapat perubahan cuaca. Disebabkan cuaca yang sejuk dan bersalji, pemain akan hadapi jalan yang lebih licin ketika menunggang motosikal, serigala tidak muncul seperti pada trailer E3 yang lepas dan pemain dapat menyerang kem tersebut tanpa membuat serangan secara senyap tetapi terus menyerang secara hendap.

Days Gone bakal dilancarkan pada tahun 2018 dan akan ditawarkan untuk konsol PS4.

Sohor Kini