Informasi Permainan Video Terkini
Dont Starve : Pocket Edition Kini Ditawarkan Pada Harga Diskaun Untuk Pengguna iOS

Dont Starve : Pocket Edition Kini Ditawarkan Pada Harga Diskaun Untuk Pengguna iOS

Diterbitkan pada July 14, 2017 oleh .

Dont Starve merupakan salah satu permainan video popular yang ditawarkan untuk PC, dan turut telah dilancarkan untuk pengguna peranti mudah-alih sebelum ini. Kini, untuk tempoh terhad, pembangunnya menawarkan permainan Dont Starve : Pocket Edition pada harga diskaun khusus untuk pengguna iPhone dan iPad.

Melalui permainan ini, pengguna akan memainkan watak Wilson yang perlu menyelamatkan diri daripada dunia misteri – termasuk perlu mengelak daripada pelbagai makhluk pelik serta mengumpulkan sumber untuk meneruskan kehidupan.

Permua Dont Starve : Pocket Edition ini ditawarkan pada harga RM3.90 untuk tempoh terhad berbanding dengan harga puluhan ringgi biasanya. Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mendapatkan ia dan memainkannya pada iPhone, atau iPad anda hari ini.

Muat-Turun Dont Starve Pocket Edition