Informasi Permainan Video Terkini
Jom Tonton : Trailer 4k Permainan LA Noire Oleh Rockstar – Bakal Tiba 14 November Ini

Jom Tonton : Trailer 4k Permainan LA Noire Oleh Rockstar – Bakal Tiba 14 November Ini

Diterbitkan pada Okt 26, 2017 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman permainan pernambah-baikkan LA Noire pada September lepas, hari ini Rockstar berkongsi video trailer terbaru permainan tersebut dengan sokongan resolusi 4k di Playstation 4 Pro.

LA Noire adalah permainan aksi detektif yang dilancarkan oleh Rockstar pada 2011 yang lepas. Ketika itu, ia hanya ditawarkan untuk PC, Xbox 360 dan juga PlayStation 3. Kini, Rockstar Games mengumumkan yang mana permainan in bakal hadir untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch  pada 14 November ini. Rockstar juga mengumumkan mod permainan realiti-maya bakal tiba bagi permainan tersebut.

Bagi anda yang meminati permainan asal LA Noire ini, mungkin boleh tandakan kalendar untuk 14 November bagi mendapatkannya ke konsol generasi baru anda.