Mass Effect Andromeda telah dilancarkan pada 21 Mac yang lepas untuk konsol dan juga PC. Walaubagaimanapun, mungkin terdapat sejumlah pengguna yang masih belum mendapatkannya dan ragu-ragu dengan permainan berkenaan.

Untuk mengatasinya, kini EA dan Bioware menawarkan permainan Mass Effect Andromeda dalam bentuk demo, sekaligus membolehkan siapa sahaja untuk memuat-turunnya secara percuma pada PlayStation 4, Xbox One dan juga PC – serta mencuba permainan berkenaan.

Anda boleh bermain demo permainan tersebut dengan hanya 10 jam untuk kedua-dua mod multi-permain dan permainan berseorangan. Pemain juga dapat membawa segala simpanan dari versi demo ke versi penuh jika pemain ingin membeli permainan tersebut.

Sekiranya anda berminat, mungkin boleh memuat-turunnya, dan meluangkan hujung minggu ini dengan memainkan permainan ini.

Sohor Kini