Skip to main content

Gamescom merupakan satu lagi acara memfokuskan kepada permainan video, dan dijadualkan pada penghujung Ogos 2017 ini di Jerman. Hari ini, Microsoft mengumumkan yang mana mereka akan hadir ke acara berkenaan, dan berkongsi lanjut mengenai konsol Xbox One X mereka.

Gamescom

Microsoft sebelum ini telah memperkenalkan Xbox One X pada acara E3 2017, dan pada Gamescom 2017, Microsoft akan menawarkan konsol berkenaan untuk dimainkan bersama lebih 27 permainan daripada pelbagai penerbit terkemuka.

Disamping itu, Microsoft juga dijangka akan berkongsi lanjut mengenai konsol berkenaan, termasuk permainan yang akan datang ke konsol berkenaan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 22 Ogos ini untuk mengetahui lanjut mengenainya.

Leave a Reply