Informasi Permainan Video Terkini
Pasukan Execration Menjuarai The Major League Championed By Celcom – Bawa Pulang RM135,000

Pasukan Execration Menjuarai The Major League Championed By Celcom – Bawa Pulang RM135,000

Diterbitkan pada Okt 23, 2017 oleh .

Bersempena dengan acara The Major League Championed By Celcom, pasukan daripada Filipina, Execration berjaya menjuarai kejohanan Dota 2 tersebut dan membawa pulang hadiah berjumlah RM135,000.

Ketika pusingan akhir, pasukan Execration bertempur dengan pasukan EHOME yang asalnya tewas dan dimasukkan di lower bracket selepas tewas dengan Fnatic ketika pusingan pertama. Namun begitu, EHOME berjaya menjuarai lower bracket selepas menewaskan kembali Fnatic dan bertempur bersama Execration ke pusingan akhir. Execration pula memaparkan permainan yang sangat menakjubkan dengan kemenangan setiap pusingan dan membawa mereka ke pusingan akhir.

Selepas tiga pusingan antara Execration dan EHOME, Execration berjaya menewaskan EHOME dengan skor 2-1 ketika acara tersebut. Walaupun pada awal permainan tersebut, Execration tewas, tetapi mereka memaparkan permainan yang sangat baik dengan kerjasama antara pasukan selepas kekalahan pusingan pertama dan terus memenangi dua pusingan sejurus kekalahan tersebut.

Ketika sesi menemu pasukan Execration, mereka sangat gembira dengan kejayaan mereka walaupun pada awal pusingan terakhir tersebut mereka tewas, tetapi dengan strategi untuk memonopoli kawasan tinggi, mereka berjaya menewaskan EHOME. Mereka juga menyatakan bahawa komuniti E-Sukan di Malaysia sangat memberangsangkan dengan kemudahan yang disediakan dan peringkat kejohanan tersebut.

Bagi pasukan EHOME yang mendapat tempat kedua, mereka bakal membawa pulang RM60,000. Manakala pasukan Fnatic membawa pulang RM30,000 dengan tempat ketiga.

Kami di Aksiz ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Execration atas kemenangan The Major League Championed By Celcom.