Informasi Permainan Video Terkini
PlayStation 4 Pro Edisi Star Wars Battlefront II Berharga RM1999 Di Malaysia

PlayStation 4 Pro Edisi Star Wars Battlefront II Berharga RM1999 Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 20, 2017 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman pada peringkat global, kini Sony turut berkongsi mengenai penawaran konsol PlayStation 4 Edisi Star Wars Battlefront II di Malaysia. Berkas konsol edisi Star Wars Battlefront II ini akan dijual di Malaysia bermula 17 November 2017 kelak, dan dijual pada harga RM1999.

Berkas edisi terhad ini akan menyertakan sebuah konsol PlayStation 4 Pro 1TB bertemakan Star Wars, selain permainan Star Wars Battlefront II : Elite Trooper Deluxe Edition. Rekaan konsol tersebut turut menyertakan rekaan khas lambang Galactic Empire dan Rebel Alliance – selain logo Inferno Squad, salah satu empayar baru pada permainan Battlefront II. Alat kawalan yang ditawarkan juga adalah bertemakan kepada permainan Star Wars berkenaan.

Bagi anda yang masih belum mendapatkan konsol PlayStation 4, dan meminati siri atau permainan Star Wars, ini mungkin peluang anda untuk mendapatkan konsol edisi terhad ini.