Bersempena permainan Syberia yang bakal tiba di Nintendo Switch hari ini, Microids hari ini mengumumkan bahawa sekuel bagi permainan tersebut, Syberia 2 bakal tiba di Nintendo Switch 30 November ini.
Syberia 2 asalnya dilancarkan di PC, Xbox dan Playstation 2 pada tahun 2004. Ia merupakan permainan pengembaraan yang memfokuskan penceritaan Kate Walker untuk menyelesaikan misteri permainan tersebut.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mengalami semula kesinambungan pengembaraan Kate Walker di Nintendo Switch pada November ini.