Pokemon Go, iaitu game Augmented Reality oleh Niantic telah menjana lebih dari $1.2 bilion. Pada 2016 sahaja, Pokemon Go telah menjana sebanyak $950 juta, seperti yang dilaporkan oleh VentureBeat.

Menurut laporan yang sama, Pokemon Go sudah dimuat-turun lebih 752 juta kali setakat ini, dan Niantic menyatakan Pokemon Go masih lagi menarik minat lebih 65 juta pemain seluruh dunia untuk memainkan ia secara aktif setiap bulan.

Niantic juga akan menambah-baik permainan mudah-alih ini dengan lebih banyak fungsi pada masa akan datang untuk menarik minat lebih banyak pemain seluruh dunia. Antara yang turut diperkatakan adalah penambah-baikkan pada perlawanan di Gym, watak Pokemon baru, dan beberapa perubahan baru lain.

Sohor Kini