Skip to main content

Battle.net merupakan salah satu perkhidmatan milik Blizzard memfokuskan kepada perkhidmatan atas-talian. Kini, Destiny 2 menjadi permainan pertama yang bukan milik Blizzard menyokong akaun Battle.net tersebut.

Kini, pengguna yang mempunyai akaun Bungie, anda boleh menghubungkan akaun anda ke Battle.net, sekaligus menguruskan akaun anda dengan lebih mudah.

Bagi anda yang sedia mempunyai akaun Bungie, anda perlu log masuk terlebih dahulu ke akaun anda, dan seterusnya memilih untuk menghubungkan ke akaun Battle.net melalui Settings > Account & Linking.

Pengenalan sokongan ini semestinya diminati ramai memandangkan Destiny 2 Beta bakal ditawarkan bermula minggu hadapan kepada pengguna konsol, dan pada bulan Ogos untuk pengguna PC.

Leave a Reply