Dengan pelancaran permainan Assassin’s Creed Origins yang semakin hampir, Ubisoft kini mempertontonkan trailer aksi-nyata bagi permainan tersebut bertajuk Assassin’s Creed Origins: I AM.

Trailer tersebut memaparkan bagaimana rakyat-rakyat memberontak terhadap pembesar-pembesar ketika di zaman Mesir disamping menunjukkan bagaimana terlahirnya ‘Brotherhood Assassins’. Trailer tersebut diarahkan oleh Daniel Wolfe, pengarah filem Catch Me Daddy dengan muzik latar “The Middle of the World” oleh Nicholas Britell. Ubisoft juga baru-baru ini mengumumkan isian pernambahan DLC yang bakal tiba di permainan tersebut termasuk pas musim.

Assassin’s Creed: Origins bakal tiba pada 27 Oktober ini untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini