Informasi Permainan Video Terkini
Lethal Inventions – Kemaskini Terbaru Buat Permainan Dying Light Tiba Secara Percuma
PC

Lethal Inventions – Kemaskini Terbaru Buat Permainan Dying Light Tiba Secara Percuma

Diterbitkan pada Okt 17, 2017 oleh .

Julai lepas, Techland menjanjikan kemaskini pernambahan DLC bagi permainan Dying Light bakal tiba secara percuma. Sebanyak 10 kemaskini yang dijanjikan oleh mereka, kini kemaskini kedua tiba buat permainan Dying Light selepas kemaskini DLC pernambahan Reinforment yang tiba Julai lepas. Kemaskini ini boleh dimuat-turun bagi konsol Playstation 4, Xbox One dan PC secara percuma.

Kemaskini ini bakal menyertakan tiga senjata khas buat pemain, antaranya ialah Fenris Axe, Kuai Dagger dan Last Wish Revolver. Ketiga-tiga senjata ini mempunyai ciri-ciri serangan yang berbeza dengan pelbagai pernaik-tarafkan watak seperti peningkatan kelajuan dan sebagainya.

Techland juga menyertakan senjata esklusif Ye Old Trusty Wrench, yang hanya boleh didapatkan melalui Gemly, iaitu kedai permainan atas-talian yang diumumkan Julai lepas.

Dying Light merupakan permainan aksi penembak pandang pertama yang memfokuskan dunia terbuka dengan pertempuran dengan zombi. Ia dibangunkan oleh Techland dan diterbitkan oleh Warner Bros Interactive Entertainment.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pernambahan ini secara percuma sekarang.