Lanjutan daripada pengumumam permainan Doom yang bakal tiba di Nintendo Switch, Bethesda Softworks akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut di Nintendo Switch iaitu pada 10 November ini.
Doom di Nintendo Switch bakal disertakan kesemua kempen permainan solo dengan pelbagai tahap kesukaran. Kemaskini mod arked yang dilancarkan di konsol dan PC tahun lepas juga bakal disertakan bersama bagi edisi Nintendo Switch ini.
Manakala dari segi multi-pemain, Doom versi Nintendo Switch akan disertakan bersama kesemua pernambahan DLC yang dilancarkan sebelum ini bersama 18 kawasan dan mod multi-pemain seperti Team Deathmatch dan Capture The Flag.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan aksi penembak pandang pertama Doom di konsol Nintendo Switch.