Informasi Permainan Video Terkini
Sony Mengumumkan Berkas Playstation 4 Pro Dan Slim Edisi Star Wars Battlefront II – Akan Tiba November Ini

Sony Mengumumkan Berkas Playstation 4 Pro Dan Slim Edisi Star Wars Battlefront II – Akan Tiba November Ini

Diterbitkan pada Okt 17, 2017 oleh .

Semalam, Sony Interactive Entertainment mengumumkan berkas Playstation 4 Pro dan Playstation 4 Slim edisi Star Wars Battlefront II. Berkas ini adalah bersempena pelancaran permainan Star Wars Battlefront II yang bakal tiba 17 November ini.

Berkas edisi terhad Playstation 4 Pro tersebut bakal disertakan bersama rekaan khas Star Wars Battlefront II buat alat kawalan Dualshock 4 termasuklah rekaan khas logo Star Wars di pad sesentuh dan juga permainan tersebut edisi deluxe secara fizikal. Manakala rekaan konsol tersebut mempunyai rekaan khas dengan rekaan lambang Galactic Empire dan Resistance. Ia juga mempunyai lambang khas Inferno Squad, iaitu lambang khas daripada penceritaan permainan tersebut.

Pada masa yang sama, Sony juga mengumumkan mereka bakal menyertakan bersama Playstation 4 Slim berkas bersama permainan Star Wars Battlefront II. Walaubagaimana pun, ia merupakan konsol asal Playstation 4 tanpa sebarang rekaan khas dan mempunyai storan kapasiti sebanyak 1TB.

Ketika artikel ini ditulis, Sony Malaysia masih lagi belum mengumumkan pelancaran berkas konsol ini di Malaysia. Kami di Aksiz percaya bahawa berkas ini akan tiba di pasaran tempatan kerana pada tahun 2015, berkas Star Wars Battlefront yang pertama dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Keberangkalian berkas ini juga akan dilancarkan kelak. Seperti biasa, kami akan berkongsi informasi lanjut setelah Sony Malaysia mengumumkan kelak.