Informasi Permainan Video Terkini
8 Pasukan Bakal Bertempur Sempena The Major League Championed By Celcom Hujung Minggu Ini

8 Pasukan Bakal Bertempur Sempena The Major League Championed By Celcom Hujung Minggu Ini

Diterbitkan pada Okt 16, 2017 oleh .

Ogos yang lepas, Celcom mengumumkan bahawa mereka bakal mengadakan acara kejohanan permainan Dota 2 The Major League Championed By Celcom, kini senarai penuh pasukan yang bakal bertempur untuk acara tersebut diumumkan setelah pertandingan kelayakan tamat

Dengan hadiah bernilai RM300,000, sebanyak 8 pasukan yang bakal bertempur iaitu EHOME dari Cina, Clutch Gamers dari Thailand, Evos dari Indonesia, IG Vitality dari Cina dan Execration dari Filipina. Manakala tiga pasukan yang mewakili Malaysia bakal bertempur iaitu Fnatic, Warriors Gaming Unity dan Team High Ground.

Bermula dari 10 September lepas, pertandingan kelayakan tersebut ditandingi sebanyak 78 pasukan untuk menjuarai kelayakan untuk ke pertandingan akhir The Major League, Championed By Celcom dengan jumlah hadiah bernilai RM10,000.

Pasukan Team High Ground berjaya mendapat tempat pertama bagi pertandingan kelayakan sekaligus mereka bakal menyertai acara terakhir yang bakal berlangsung pada 20 sehingga 22 Oktober 2017 di EduCity Indoor Arena, Iskandar Puteri, Johor.

Tiket untuk acara tersebut juga sudah mula dijualkan di laman Galactix The Major League, Championed by Celcom bermula dengan harga RM69 sehingga RM229 mengikut jenis tiket. Bagi anda yang berminat untuk menyaksikan acara tersebut, anda boleh membeli tiket di laman sesawang dibawah.

Beli : Tiket The Major League Championed By Celcom