Skip to main content

Perningkatan permainan yang memfokuskan kompetitif di kalangan multi-pemain sekarang, pembangun-pembangun permainan sering mengadakan pelbagai langkah untuk mengelak daripada pemain menipu di dalam permainan tersebut. Epic Games juga melakukan pelbagai tindakan drastik seperti menyaman pemain-pemain yang menipu di dalam permainan. Kini, Microsoft juga bakal menyertakan sistem anti-menipu di dalam kemaskini Windows 10 “Fall Creators Update” terbaru mereka.

Dinamakan TruePlay dan Game Monitor, kedua-dua sistem ini bakal membasmikan penipuan di dalam permainan video di PC. Ia mempunyai sistem menyerupa Valve Anti-Cheating (VAC) yang digunakan di aplikasi Steam oleh Valve. Walau bagaimana pun, TruePlay tampaknya hanyalah terhad buat permainan yang dilancarkan sebagai Universal Windows Platform (UWP) seperti permainan Forza. Manakala sistem Game Monitor pula ialah aplikasi yang mengesan aplikasi-aplikasi menipu seperti Aimbots dan sebagainya.

Dengan kemaskini ini, kes-kes penipuan di kalangan pemain ketika bermain permainan secara atas-talian mungkin akan dikurangkan sekaligus menghasilkan komuniti pemain yang lebih selamat dan aman.

Leave a Reply