Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini GTA Online Transform Races Bakal Tiba 17 Oktober Ini
PC

Kemaskini GTA Online Transform Races Bakal Tiba 17 Oktober Ini

Diterbitkan pada Okt 16, 2017 oleh .

Walaupun permainan Grand Theft Auto V (GTAV) dilancarkan pada tahun 2013 yang lepas, Rockstar tampaknya masih tidak lagi memberhenti untuk mengemaskini pelbagai kemaskini buat permainan ini. Kini, Rockstar mengumumkan kemaskini terbaru buat permainan tersebut bagi mod permainan multi-pemain permainan iaitu GTA Online Transform Races.

Di dalam mod permainan Transform Races ini, pemain berupaya untuk mengubah pelbagai bentuk kenderaan daripada suatu kenderaan ke suatu kenderaan seperti motosikal, Jetski, bot, kereta, kapal terbang dan sebagainya mengikut permukaan jalan. Selain itu, Rockstar juga mengumumkan pelbagai pernambahan baru seperti dua mod permainan baru iaitu Condemned dan Dogfight.

Bagi anda yang bermain GTA Online, anda boleh memuat turun kemaskini ini secara percuma bermula 17 Oktober ini di Playstation 4, Xbox One dan PC.