Permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) sememangnya semakin meluas sekarang dari PC, konsol hinggalah ke telefon pintar. Minggu ini, Garena mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan permua Arena Of Valor, iaitu permua yang dibangunkan oleh Tencent.
Arena Of Valor adalah permua multi-pemain secara atas-talian dengan rekaan bentuk permainan yang dioptimasikan khas untuk telefon pintar. Pemain berupaya untuk memilih 14 jenis watak secara percuma, dan pemain juga berupaya untuk mendapat dua lagi watak tambahan secara percuma dengan melengkapkan tutorial.
Permua ini bakal dilancarkan sebagai percuma untuk dimain bersama keupayaan pemain untuk membeli barangan dan kelengkapan seperti kostum dan kosmetik. Ia juga mempunyai pelbagai mod permainan termasuklah 3v3, 1v1 dan juga perlawanan bersama bot.
Garena juga bakal bekerjasama bersama syarikat-syarikat telco di Malaysia seperti Digi, Maxis dan Hotlink untuk menyertakan data percuma bagi permainan Arena Of Valor di Malaysia.
Bersempena dengan acara Comic Fiesta yang berlangsung Disember ini, Garena juga bakal mengadakan acara khas kejohanan Arena Of Valor ketika acara tersebut di Kuala Lumpur Convention Hall.
Buat masa sekarang, permua ini masih lagi belum diumumkan tarikh pelancarannya, tetapi bagi anda yang berminat, anda boleh membuat pra-pendaftaran di laman sesawang di bawah.
[info] Pra-Daftar : Arena Of Valor [/info]