Bersempena GameStart yang berlangsung di Singapura hujung minggu ini, Capcom mengumumkan watak terbaru buat musim kedua karektor bagi permainan Street Fighter V iaitu Zeku. Zeku merupakan watak terakhir bagi musim kedua karektor untuk permainan tersebut.
Pernambahan watak Zeku ini akan dilancarkan pada 24 Oktober ini, sebulan lepas pelancaran watak Abigail dan juga watak Menat. Zeku pertama kali muncul adalah ketika Street Fighter Alpha 2, dimana beliau merupakan jurulatih Guy.
Bagi anda yang mempunyai permainan Street Fighter V, mungkin boleh tandakan kalendar anda pada 24 Oktober ini untuk mendapatkan watak baru ini.