Skip to main content

Riot Games mungkin dikenali ramai sebagai penerbit permainan League of Legends. Permainan yang telah dilancarkan hampir sedekad yang lepas telah berevolusi menjadi salah satu jenama e-suka yang popular dan dimainkan jutaan pemain seluruh dunia.

Terkini, Riot Games mengumumkan beberapa perubahan pada pengurusan syarikat berkenaan. Pengasas utama Riot Games kini mengumumkan yang mana mereka akan beralih daripada tugasan pengurusan – dan kembali kepada tugasan asal mereka, iaitu membangunkan permainan video.

Buat masa ini, pihak Riot Games tidak mengumumkan apakah IP baru yang sedang dibangunkan oleh mereka. Dengan populariti dan kejayaan Riot Games, semestinya ramai menantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh penerbit permainan ini tidak lama lagi.

Leave a Reply