Informasi Permainan Video Terkini
Life Is Strange: Before The Storm Episod 2 Bakal Tiba 19 Oktober Ini

Life Is Strange: Before The Storm Episod 2 Bakal Tiba 19 Oktober Ini

Diterbitkan pada Okt 13, 2017 oleh .

Permainan pengembaraan oleh Deck Nine, Life Is Strange: Before The Storm yang dilancarkan 31 Ogos yang lepas, kini diumumkan tarikh pelancaran episod kedua permainan tersebut iaitu pada 19 Oktober ini.

Episod kedua Life Is Strange: Before The Storm merupakan bahagian kedua daripada tiga bahagian permainan tersebut dan bertajuk Brave New World akan dilancarkan secara serentak di Playstation 4, Xbox One dan PC. Trailer tersebut memaparkan beberapa watak baru dan kawasan baru yang pemain bakal terokai malah beberapa watak yang bakal kembali daripada episod pertama.

Bagi anda yang membeli permainan Life Is Strange: Before The Storm, anda akan mendapat episod ini secara kemaskini permainan bermula 19 Oktober ini.