Konsol terbaru Nintendo Switch yang dilancarkan awal tahun ini merupakan salah satu konsol hybrid yang menjadi kegilaan ramai. Dengan keupayaan untuk bermain dengan mod tabletop dengan mengeluarkan alat kawalan JoyCon dan bermain secara berasingan, pemain-pemain yang mempunyai Nintendo Switch sering mencari pelbagai cara untuk bermain konsol tersebut.

Kini, pengguna Youtube The Phawx mencipta satu rekaan visor yang membenarkan pengguna untuk meletakkan Nintendo Switch di dalam visor tersebut. Dengan mencetak visor dengan menggunakan 3D Printer, Phawx berjaya mencipta satu visor seolah seperti fon kepala realiti-maya. Dengan mengguna visor ini, pemain berupaya untuk bermain Switch sambil baring dengan lebih selesa. Menariknya visor tersebut mempunyai segala akses butang kawalan audio dan pengudaraan untuk pemain.

Bagi anda yang berminat untuk mencetak visor tersebut secara 3D, The Phawx juga menyertakan fail 3D model tersebut secara percuma untuk anda memuat-turun dan mencetak 3D tersebut secara sendiri. Anda boleh memuat-turun di keterangan video youtube tersebut.

Sohor Kini