Pada awalnya, kemaskini Magitek Exosuits dijadualkan beberapa bulan lepas, namun Square Enix menangguhkan ia – dan kini akhirnya bakal ditawarkan untuk semua pengguna Final Fantasy XV pada kemaskini bulan Julai ini.

Ia dikatakan ditangguhkan kerana terdapat sedikit persamaan dari segi rekaan dengan watak Power Rangers. Laman rasmi Twitter Final Fantasy XV Jepun baru sahaja mengumumkan kemaskini tersebut akan tiba bulan ini secara percuma.

Dengan memakai Magitek Exosuits di dalam permainan Final Fantasy XV, pemain akan menjadi kebal selama 30 minit disamping meningkatkan kemahiran memancing. Tetapi selepas penggunaannya, pemain tidak boleh mengguna Magitek Exosuits kembali sehingga 24 jam kemudian.

Bagi anda yang memainkan permainan Final Fantasy XV pada PlayStation atau Xbox One, mungkin boleh nantikan kemaskini ini, dan menikmati ciri-ciri baru yang dibawakan bersama dengannya.

Sohor Kini