Informasi Permainan Video Terkini
Jom Tonton : Video Dokumentari Proses Pembangunan Permainan The Witcher 3 Oleh Noclip

Jom Tonton : Video Dokumentari Proses Pembangunan Permainan The Witcher 3 Oleh Noclip

Diterbitkan pada Okt 10, 2017 oleh .

Bagi anda yang meminati permainan RPG, siri permainan The Witcher oleh CD Projekt Red pasti tidak asing buat anda. The Witcher 3 dimana ia dilancarkan pada 2015 lepas yang memenangi pelbagai anugerah dan merupakan permainan terbaik bagi tahun 2015.

Kini, Noclip sebuah saluran Youtube oleh Danny Odwyer dimana beliau memfokuskan untuk menghasilkan video dokumentari berkenaan permainan video, menghasilkan 6 bahagian dokumentari berkenaan proses pembangunan siri permainan The Witcher oleh CD Projekt Red.

Menariknya ketika proses pembangunan The Witcher 3, pembangun permainan tersebut berkongsi pelbagai pepijat dan proses-proses ketika mereka membangunkan permainan tersebut. Antaranya mereka berkongsi berkenaan pepijat dimana Geralt, watak di dalam Witcher 3 akan meluncur atas bukit apabila beliau melalui cerun bukit tersebut. Hasil daripada itu, mereka membina sebuah model khas Geralt dengan pakaian khas bersama papan Snowboard. Walaubagaimana pun, kostum tersebut tidak boleh didapati secara umum kerana ia dihasilkan hanyalah untuk jenaka bagi pembangun permainan tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk menonton kesemua siri dokumentari oleh Noclip, termasuklah siri dokumentari yang sebelum ini dilakukan oleh Noclip seperti proses pembangunan permainan Rocket League dan Doom, anda boleh melayari saluran Youtube mereka dibawah.

Saluran Youtube : Noclip