Informasi Permainan Video Terkini
The International Sekali Lagi Memecah Rekod Dalam Penawaran Hadiah Untuk E-Sukan
PC

The International Sekali Lagi Memecah Rekod Dalam Penawaran Hadiah Untuk E-Sukan

Diterbitkan pada July 13, 2017 oleh .

The International merupakan salah satu acara tahunan yang memperlihatkan sejumlah pasukan dari seluruh dunia bersaing antara satu sama lain untuk memenangi hadiah utama. Ia telah dimulakan sekitar 2011 yang lepas, dimana ketika 2011 yang lepas, jumlah nilai hadiah yang ditawarkan adalah hanya $1.6 juta sahaja.

Walaubagaimanapun, dengan perkembangan harian setiap hari, kini jumlah nilai hadiah yang ditawarkan telah mencapai nilai berkali ganda berbanding yang asalnya.

The International 2017 kali ini memperlihatkan hadiah yang ditawarkan telah pun melangkaui nilai $20.8 juta – sekaligus menjadikan acara e-sukan ini menawarkan hadiah paling tinggi dalam acara e-sukan sehingga kini.

The International 2017

Seperti biasa, angka ini masih bukan angka akhir untuk hadiah The International 2017. Terdapat sekitar sebulan lagi untuk pengumpulan dana bagi acara e-sukan berkenaan, dan mungkin kita akan melihat angka berkenaan melangkaui $21 juta tidak lama lagi.

The International 2017 akan berlangsung bermula 7 Ogos ini.