What Remains Of Edit Finch dilancarkan pada April yang lepas untuk PS4 dan PC. Ia merupakan permainan yang sangat dipuji ramai dengan gaya penceritaannya yang unik. Kini, permainan ini bukan lagi esklusif di platform tersebut kerana ia bakal hadir ke konsol Xbox One pada minggu depan, 19 Julai dan ditawarkan pada harga $19.99(~RM86).
What Remains Of Edith Finch ialah permainan yang memfokuskan penceritaan berkenaan Edith Finch dimana dia cuba untuk menyelesaikan misteri berkenaan apa yang telah berlaku kepada keluarganya. Permainan ini keluaran Giant Sparrow yang sebelum ini terkenal dengan permainan The Unfinished Swan di konsol PS4, PS3 dan PSVita.
Bagi anda yang menggunakan Xbox One, mungkin boleh tandakan kalendar anda dapatkan permainan ini dalam beberapa hari lagi.