Andrew House, presiden dan CEO buat Sony Interactive Entertainment, kini melepaskan jawatannya di syarikat tersebut. Walaubagaimana pun, beliau akan dikekalkan sebagai pengerusi Sony Interactive Entertainment sepanjang tahun ini untuk melancarkan peralihan tersebut.

Andrew House menyertai Sony Computer Corporation 27 tahun dahulu, sebelum Sony Interactive Entertainment ditubuhkan. Beliau juga bertanggungjawab ketika pelancaran Playstation 1 pada tahun 1995 dan pada 2011, beliau menggantikan Kaz Hirai sebagai Presiden dan CEO Sony Interactive Entertainment.

John Tsuyoshi Kodera, merupakan timbalan presiden buat Sony Interactive Entertainment, bakal menggantikan Andrew House sebagai presiden dan CEO bagi syarikat tersebut. Dengan jawatan baru tersebut, beliau akan bertanggungjawab dengan segala operasi buat Sony Interactive Entertainment, termasuklah permainan dan servis raingkaian global syarikat tersebut.

Sohor Kini