Satu lagi konsol retro bakal dilancarkan dalam bentuk mini. Selepas pelancaran SNES Classic Edition oleh Nintendo dan Atari juga mengumumkan Atari Box, kini giliran Retro Games Limited pula melancarkan Commodore 64 Mini pula bakal dilancarkan tahun depan.
Seperti konsol retro yang lain, Commodore 64 mini ini mempunyai sistem plug-and-play. Ia mempunyai port HDMI, dua port USB dan mempunyai sokongan simpanan dan terbina dengan beberapa permainan. Antara permainan yang terbina di dalam konsol ini adalah Impossible Mission, Firelord dan sebagainya.
Seperti Commmodore 64 yang asal, pengguna juga boleh menggunakan papan kekunci lain untuk digunakan sebagai komputer peribadi. Retro Games Limited juga menyatakan Commodore 64 yang bersaiz asal dan berfungsi seperti sistem klasik tersebut juga bakal tiba pada 2018 ini.
Retro Games Limited mengumumkan konsol retro ini bakal tiba pada tahun 2018. Mereka masih belum lagi mengumumkan tarikh pelancaran buat konsol retro tersebut. Commodore 64 Mini dirancang dengan harga $70(~RM298).
Nampaknya kita bakal menerima pelbagai lagi konsol retro klasik yang dilancarkan semula dan diberi rekaan yang lebih kecil. Bagaimana pendapat anda berkenaan perkara ini? Jangan lupa untuk memberi komen dibawah.