Atlus baru sahaja mengumumkan rekaan kotak (Box Art) dan juga edisi terhad permainan terbaru mereka iaitu Shin Megami Tensei: Strange Journey Redux yang akan keluar pada Oktober 26 tahun ini di Jepun, dan seluruh dunia pada awal 2018.

Melalui edisi terhad ini, Shin Megami Tensei 25th Anniversary Memorial Special Box akan mengandungi:

  • Permainan Shin Megami Tensei: Strange Journey Redux
  • Memorial Arrange Tracks Soundtrack (Dua Cakera)
  • Sound Relation Soundtrack (Dua Cakera)
  • Law & Chaos Soundtrack (Dua Cakera)
  • Buku siri Shin Megami Tensei ulangtahun ke-25 “Shin Megami Maniacs”
  • Kotak ulangtahun ke-25

Permainan ini berharga 6480 Yen bersamaan RM250 untuk edisi biasa dan 16,800 Yen bersamaan RM640 untuk edisi terhad.

Sohor Kini