Epic Games telah mula menawarkan permainan Fortnite Battle Royale secara percuma, dan kini mereka turut berkongsi mengatakan lebih daripada 1 juta pemain memainkan ia pada hari pertama pelancarannya.

Fortnite Battle Royale

Fortnite Battle Royale bersaing secara langsung dengan permainan PUBG. Walaubagaimanapun, ia turut menyertakan ciri boleh membina, selain grafik yang sedikit “ceria” berbanding dengan PUBG.

Walaubagaimanapun, Epic Games tidak mengeluarkan sebarang info berkenaan berapa ramai yang memainkannya secara serentak pada sesuatu masa. Buat masa ini, angka pemain serentak PUBG telah melangkaui 1 juta pemain – sekaligus memposisikan ia sebagai salah satu permainan popular pada tahun ini.

Bagi anda sendiri, adakah anda telah mencuba Battle Royale ini? Bagaimanakah pengalaman anda memainkannya?

Sohor Kini