Bagi peminat permainan Middle-earth, kini Warner Bros telah pun menerbitkan permua Middle-earth: Shadow of War untuk pengguna peranti Android dan iPhone.
Melalui permua ini, ia menawarkan bentuk permainan RPG, dimana anda akan berperang dan menentang pihak musuh di Middle-earth dan menewaskan Sauron. Pemain boleh memilih beberapa watak pembantu – dan perlu merancang pelbagai pilihan dan strategi berdasarkan kelebihan kepada watak anda, selain mengambil-kira kekurangan pihak musuh.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan ini secara percuma di Google Play Store atau Apple App Store hari ini.
[download]Muat-Turun Middle-earth: Shadow of War untuk Android[/download] [download]Muat-Turun Middle-earth: Shadow of War untuk iPhone[/download]