Skip to main content

Minggu lalu, sempena Tokyo Game Show 2017, Bloomberg berkesempatan untuk menemu-ramah bersama Andrew House, ketua pegawai eskutif (CEO) dan Presiden Sony. Beliau menyatakan Sony tidak ada sebarang rancangan untuk menghasilkan sebarang konsol mudah-alih untuk bertanding dengan Nintendo Switch.

“Nintendo Switch merupakan konsol hibrid yang mempunyai strategi dan pendekatan yang berbeza. Kami tidak melihat konsol mudah-alih merupakan satu peluang pasaran yang tinggi”. Andrew menyatakan permintaan buat konsol Playstation Vita tidak terlalu meluas di luar kawasan Jepun dan Asia. Beliau juga menyatakan telefon pintar sudah mula mendominasi pasaran buat permainan mudah-alih. Dimana peranti tersebut telah menjadi satu peranti yang sentiasa bersama pengguna.

Sony buat masa sekarang ingin memberi fokus kepada produk yang memfokuskan di kawasan ruang tamu, termasuklah realiti-maya, rancangan TV mahupun muzik dengan konsol Playstation 4 menjadi satu pusat hiburan digital.

Sekaligus kenyataan ini menghapuskan sebarang ramalan mahupun ura-ura berkenaan konsol mudah-alih terbaru daripada Sony. Walaubagaimana pun, ini juga merupakan satu tindakan yang bijak buat Sony, kerana telefon pintar sudah mula mendominasikan pasaran mudah-alih. Dengan kepelbagaian yang boleh dilakukan dengan sebuah telefon pintar, tambahan peranti yang baru untuk pengguna membawa di dalam poket mungkin bukan suatu yang efektif.

Leave a Reply