Skip to main content

Warframe merupakan salah satu permainan berbentuk tembak-menembak yang turut memfokuskan kepada kolaborasi dalam menyelesaikan sesuatu misi. Ia ditawarkan untuk pelbagai platform utama, dan permainan berkenaan bakal menjadi lebih menarik melalui pengembangan permainan (expansion) baru akan datang.

Digital Extremes telah pun mempertontonkan video trailer pengembangan permainan terbaru untuk Warframe, Plains Of Eidolon baru-baru ini. Seperti yang dapat diperlihatkan, pemain kelak akan mendapat kebebasan untuk menerbang menggunakan Archwing di Warframe, sekaligus mengubah konsep permainan Warframe kepada bentuk dunia terbuka. Pemain juga akan dapat meneroka bandar baru pada permainan berkenaan, iaitu Cetus.

Pengembangan permainan Plains Of Eidolon dijangka akan tiba untuk para pemain Warframe seluruh dunia secara percuma di PS4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply