Skip to main content

Half-Brick mungkin popular dengan permainan memotong buah, Fruit Ninja. Kini, selain beberapa permainan lain, Half-Brick turut memperlihatkan mereka bakal hadir dengan sebuah permainan baru dibawah genre seram, dan memfokuskan penggunaan teknologi augmented reality, dinamakan sebagai Shadows Remain.

Info penuh berkenaan permainan ini masih tidak diketahui lagi. Melalui laman acah yang disediakan oleh Half-Brick, ia memperlihatkan yang mana permainan ini akan memerlukan pemain melalui jalan penceritaan untuk mencari seorang anak yang hilang. Seperti biasa, pemain perlu menyelesaikan pelbagai tekaria – dan menggunakan teknologi augmented reality yang mengabungkan dunia nyata dan dunia maya.

Permainan ini dijangka hadir untuk platform iOS sahaja buat masa ini. Tarikh pelancarnanya masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Leave a Reply