Informasi Permainan Video Terkini
Episod Pertama Untuk Minecraft : Story Mode Season Two Kini Sedia Dimainkan
PC

Episod Pertama Untuk Minecraft : Story Mode Season Two Kini Sedia Dimainkan

Diterbitkan pada July 12, 2017 oleh .

Mojang dan juga Telltale Games hari ini telah pun melancarkan episod pertama untuk permainan Minecraft Story Mode – Season Two yang membawakan tajuk “Hero In Residence”.

Ia merupakan permainan kesinambungan daripada Season One sebelum ini, dimana info seperti pilihan dan keputusan pemain pada sebelumnya akan dibawa ke permainan baru ini. Disamping itu, ciri Crowd Play turut disertakan yang membolehkan anda menerima input daripada rakan-rakan yang menggunakan peranti mudah-alih dan sebagainya.

Buat masa ini, hanya episod pertama sahaja dikeluarkan, dan kita akan melihat beberapa penambahan lain tidak lama lagi. Musim pertama sebelum ini menawarkan sekitar lima episod untuk pengguna memainkannya.

Bagi anda yang meminati permainan Minecraft, mungkin boleh mendapatkan Minecraft Story Mode Season Two ini pada Xbox, PlayStation, PC, Mac, iOS dan Android bermula hari ini.